:::

Ahad, 26 September 2010

Sony Ericsson W995 Walkman

peh lamak handphone ni mamang best gile..  tak rugi kakak aq beli.. walau pun harganya 800 lebih.. tetap puas hati sebab spesifikasinya yg baru dan sangat best dan sangat berguna.. dia punya camera 8.1 mega pixel tuh.. cam camera digital. tp  noise bintik2 tu ttp ade skit... mcm camera enset lain tetapi enset ni lagi power la cameranya..: jelas, sharp., HD, pastu siap ade flash lagi tuhh...  sony ericsson ni sgt berbeza dengan sony ericsson model yg sebelumnya dari segi spesikasi yang telah di upgrade dan ditambah fungsinya.
yang lagi best handset ni boleh connect WiFi lagi tu.. nasib baik kat rumah aku ade WiFi streamyx.. wireless.. boleh la kakak aq connect selalu. x kira kat mane janji ade wifi boleh online facebook ke hape ke...
lagi satu pulak handset ni die mempunyai fungsi walkman.., ala macam nokia Xpress music yang ade button shortcut kat tepi sebab tu dia panggil Xprees music dan walkman ni plak mcm xpress jugak. kebiasaannya model nokia Xpress music & sony ericsson walkman ini mempunyai kelebihan tambahan yang utama seperti mod bunyi dan tahap speaker yang kuat dan sedap di dengar.


fungsi tambahan seperti 3g sudah tentu la ade dekat handset ni.. tetapi x berape guna sgt lagi pun mahal bil nyer .. mempercepatkan top up abis..kalau free dah lame da bankerap syarikat telekomunikasi kat malaysia ni..


sile tengok spesifikasi telefon ini:


 camera
Flash jenis / ringan - Gambar flashKetika keadaan pencahayaan miskin, gambar anda masih boleh menjadi baik. Smile pengesananBiarkan kamera secara automatik snap shot saat subjek anda berkelip tersenyum. Zoom digital - hingga 16xDapatkan berhampiran dengan subjek anda. Kamera - 8.1 MegapixelTangkap dan berkongsi momen khusus. Feed fotoMelanggan suapan foto dari blog foto teman. Geo-taggingMemiliki foto yang ditandai dengan maklumat tentang tempat itu diambil. Video stabilizerElakkan bluriness disebabkan oleh gerakan tangan sedikit. Merakam videoMerakam klip video Video cahayaLebih banyak cahaya saat pengambilan gambar video. Picture BloggingSebuah fungsi yang membolehkan anda mengambil gambar dan menghantarnya terus ke blog hidup Image stabilizerElakkan blurriness disebabkan oleh gerakan tangan sedikit. Gambar-gambar fixOptimalkan kualiti gambar. Gambar-gambar fix menyesuaikan keseimbangan cahaya dan kontras selepas anda mengambil gambar. Pengesanan wajahTelefon anda secara automatik menetapkan tumpuan pada wajah dalam gambar anda. Auto focusFokus automatik untuk kejelasan yang optimum.
MUZIK








Music tones - MP3, AAC
TrackID™
Shake control
SensMe
PlayNow™
Stereo speakers
Bluetooth™ stereo (A2DP)
Album art
Clear stereo
Clear bass
Walkman™ player


WEB







Pan & zoom
Web browser - Access NetFront™
Bookmarks
Web feeds


ENTERTAINMENT








Tracker
Radio - FM radio with RDS
Walk Mate
Video Clip
Video streaming
Java
YouTube™
Motion gaming
3D games
Media

KOMUNIKASI








Video call - dedicated camera
Facebook™ application
Vibrating Alert
Speaker phone

DESIGN








Wallpaper animation
Picture wallpaper
Auto rotate

ORGANISER








Torch functionality
Timer
Tasks
Stopwatch
Phone book
Notes
Flight mode
Calendar
Calculator
Alarm clock








Disney - Waktu Rehat



Disney Waktu Rehat ialah satu siri sitkom pertama Disney Channel Malaysia dalam Bahasa Melayu yang di adaptasikan dari siri sitkom Disney Channel Italy Quelli dell'intervallo. Dan siri ini di akan disiarkan bermula pada 31 Ogos 2010 sebagai siar episod pertama di hari kemerdekaan. 




Video preview waktu rehat



PELAKON

  • Juzzthin sebagai Syed
  • Nurul Elfira Loy sebagai Amirah
  • Mohd Addy Ashraf sebagai Faiz
  • Tengku Lizahdiyana sebagai Luna
  • Sharon Alaina sebagai Kieran
  • Nicholas Cheng sebagai Wai Chong
  • Sweet sebagai Julie
  • Amirul Hakim sebagai Anding
  • Cindy Alisha sebagai Mindy
  • Muhammad Nasirddin sebagai Suresh
  • Nik Muhammad Farith Adruce sebagai Johan

Sabtu, 25 September 2010

Sejarah Nokia

Perbadanan Nokia (BSNY: NOK) ialah pengeluar telefon bimbit yang terbesar di dunia (pada Jun 2006), dengan bahagian pasaran sejagat sebanyak lebih kurang 33% pada tahun 2006. Syarikat ini mengeluarkan telefon bimbit untuk setiap pasaran dan protokol utama, termasuk GSM, CDMA, dan WCDMA (UMTS).
Perbadanan Nokia juga mengeluarkan kelengkapan rangkaian telekomunikasi untuk kegunaan-kegunaan seperti telefoni suara talian tetap dan bimbit, ISDN, capaian jalur lebar, suara melalui IP, dan LAN wayarles.
Ibu pejabat Nokia terletak di Espoo, sebuah subbandar Helsinki, Finland, tetapi syarikat ini juga mempunyai tapak-tapak penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, dan perwakilan jualan di banyak negara di seluruh dunia. Pusat Penyelidikan Nokia yang merupakan makmal-makmal penyelidikan perindustrian mempunyai banyak tapak di Helsinki dan di Cambridge, MA, Amerika Syarikat.
Nokia ialah syarikat Finland yang terbesar, dengan lebih kurang separuh daripada pemodalan pasaran Bursa Saham Helsinki. Ini adalah satu keadaan yang amat unik bagi sebuah negara perindustrian. Nokia juga memainkan peranan yang amat besar dalam ekonomi Finland, dan penduduk-penduduk Finland telah banyak kali menempatkan syarikat ini sebagai jenama dan majikan yang terbaik.

SEJARAH

Bengkel Getah Finland (Finnish Rubber Works), nama asal Nokia, telah ditubuhkan sebagai sebuah kilang pulpa oleh Knut Fredrik Idestam, seorang Sweden-Finland, di tebing Jeram Nokia pada tahun 1865. Firma ini kemudian menubuhkan kilang-kilangnya di tempat yang berhampiran pada permulaan abad ke-20, dan memulakan penggunaan nama Nokia sebagai jenama. Tidak lama selepas Perang Dunia I, Bengkel Getah Finland memperoleh kilang-kilang kayu Nokia bersama-sama dengan Bengkel Kabel Finland (Finnish Cable Works), sebuah pengeluar kabel telefon serta telegraf, dan kemudian menggabungkan ketiga-tiga syarikat ini menjadi Perbadanan Nokia pada tahun 1967.
Perbadanan Nokia yang ditubuhkan oleh penggabungan 1967 melibatkan diri dalam banyak sektor, termasuk pengeluaran produk-produk kertas pada satu masa atau yang lain, basikal dan tayar kereta, kasut (termasuk but wellington), komputer peribadi, kabel komunikasi, dan televisyen, serta pengeluaran elektrik, dan sebagainya.
Bibit-bibit penjelmaan semula Nokia disemai oleh penubuhan seksyen elektronik dalam Bahagian Kabelnya pada dekad 1960-an. Dalam penggabungan 1967, bahagian itu diasingkan untuk dijadikan satu bahagian tersendiri, dan memulakan pengeluaran kelengkapan telekomunikasi.
Pada dekad 1970-an, Nokia melibatkan diri dalam industri telekomunikasi dengan perkembangan Nokia DX 200, sejenis suis digit untuk ibu sawat telefon. Pada tahun 1982, suis DX 200 Nokia menjadi suis telefon digit yang pertama digunakan di dunia, dan kemudian dijadikan hamba bahagian kelengkapan rangkaian. Seni bina bermodul dan fleksibel membolehkannya untuk diperkembangkan menjadi berbagai-bagai produk pensuisan.
Untuk satu tempoh yang singkat pada dekad 1970-an, pengeluaran kelengkapan rangkaian Nokia diasingkan menjadi Telefenno, sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki bersama-sama oleh syarikat induknya dan sebuah syarikat kerajaan Finland.
Pada dekad 1980-an, Nokia mengeluarkan satu siri komputer peribadi yang dinamakan MikroMikko [4]. Bagaimanapun, bahagian ini dijual kepada ICL yang kemudiannya menjadi sebahagian Fujitsu. ICL kemudian memindahkan operasi komputer peribadinya kepada Fujitsu-Siemens AG yang menutup kilang yang tunggal ini di Finland pada sekitar tahun 2000 dan dengan itu, menamatkan pengeluaran komputer peribadi berskala besar di negara itu.
Pesanan pertama yang utama untuk telefon bimbit Nokia datangnya daripada angkatan pertahanan Finland untuk radio lapangan mereka pada tahun 1972. Pada dekad 1970-an, Nokia memulakan perkembangan telefon bimbit untuk piawai rangkaian NMT yang memulakan siarannya pada dekad 1980-an. NMT merupakan piawai telefoni mudah alih yang pertama di dunia yang membolehkan perantauan, dan memberikan pengalaman yang amat bernilai kepada Nokia melalui penyertaannya yang rapat dalam perkembangan Sistem Sejagat untuk Komunikasi Mudah Alih (GSM). GSM ialah piawai digit yang telah menguasai dunia telefoni mudah alih pada dekad 1980-an dan 1990-an, dengan lebih kurang dua bilion pelanggan telefon bimbit (lebih kurang 80% daripada seluruh pelanggan di dunia) di melebihi 200 negara pada pertengahan 2006. Panggilan GSM perdagangan yang pertama di dunia dibuat dengan telefon Nokia pada tahun 1991 di Helsinki melalui rangkaian yang dibekalkan oleh Nokia.
Pada tahun 1980-an, semasa zaman Ketua Pegawai Eksekutif Kari Kairamo, Nokia berkembang dengan pesat ke dalam bidang-bidang baru, kebanyakannya melalui perolehan. Perbadanan ini kemudian mengalami masalah kewangan yang teruk pada akhir dekad 1980-an dan awal 1990-an disebabkan sebahagian besar oleh bahagian televisyennya yang mengalami kerugian yang amat besar. Masalah-masalah ini mungkin menyebabkan Kairamo membunuh diri pada tahun 1988). Nokia bertindak dengan memperkemas bahagian-bahagian telekomunikasi, serta menjual bahagian-bahagian televisyen dan komputer peribadinya. Jorma Ollila yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1992 membuat keputusan strategik untuk menumpukan kegiatan syarikat hanya kepada telekomunikasi dan pada sepanjang dekad 1990-an, Nokia meneruskan pembuangan semua bahagian bukan telekomunikasi.
Kepopularan telefon bimbit yang meletus di seluruh dunia melampaui semua ramalan optimistik Nokia dan mencetuskan satu krisis logistik pada pertengahan dekad 1990-an. Ini menyebabkan Nokia membaik pulih seluruh operasi logistiknya dan disebabkan usaha-usaha yang amat berjaya ini, terus memberikan Nokia satu kelebihan yang utama terhadap pesaing-pesaingnya, bersama-sama dengan ekonomi skalanya yang lebih besar.
Pada tahun 2004, masalah-masalah dalam bahagian kelengkapan rangkaian memaksakan Perbadanan Nokia untuk mencari jalan keluar melalui amalan-amalan membaik pulih yang serupa dengan operasi logistiknya, dengan pemberhentian kerja sementara dan penyusunan semula organisasinya. Bagaimanapun, ini menyebabkan imej awamnya terjejas di Finland, dan mengakibatkan beberapa kes-kes mahkamah bersama-sama dengan satu episod kritikal dalam satu dokumentari mengenai Nokia. [5].
Walaupun sekali sekala mengalami krisis-krisis seperti ini, Nokia telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam bidang yang dipilihnya. Pertumbuhan ini datang semasa era Jorma Ollila serta pasukannya yang terdiri daripada lebih kurang setengah dozen rakan sekerjanya yang rapat. Pada Jun 2006, era in berakhir ketika Ollila meninggalkan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjawat pengerusi Shell, dengan Olli-Pekka Kallasvuo mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Nokia yang baru.
Pada Februari 2006, Nokia dan Sanyo mengumumkan Memorandum Persefahaman untuk menubuhkan sebuah usaha sama bagi perniagaan gagang CDMA. Beberapa bulan kemudian pada Jun, kedua-dua syarikat mengumumkan keakhiran perundingan mereka tanpa sebarang persetujuan. Nokia juga menyatakan keputusannya untuk menarik diri daripada penyelidikan dan pembangunan CDMA dengan tujuan untuk meneruskan perniagaan CDMA hanya dalam pasaran-pasaran pilihan.
Pada 19 Jun 2006, Nokia dan Siemens AG mengumumkan penggabungan perniagaan-perniagaan kelengkapan rangkaian telefon mudah alih dan talian tetap mereka untuk menjadi salah satu firma rangkaian yang terbesar di dunia. Kedua-dua syarikat akan masing-masing mempunyai kepentingan sebanyak 50% dalam syarikat infrastruktur ini yang digelarkan Rangkaian Nokia Siemens dan yang beribu pejabat di kawasan Helsinki. Kedua-dua syarikat ini meramalkan jualan tahunan sebanyak 16 bilion euro, dengan jimat kos sebanyak 1.5 bilion setahun menjelang 2010. Lebih kurang 20,000 pekerja Nokia akan ditukarkan ke syarikat baru ini.
model nokia 3210


model lama nokia. 3310

Movie: Wall street - money never sleeps

sinopsis ringkas cerita ini:


Dengan situasi ekonomi global yang merudum. seorang anak muda yang bekerja di wall street punya misi tersendiri dalam memperbaiki masalah tersebut. selain mengingatkan komuniti tentang isu keewangan yang teruk. dia cuba menjejaki individu yang membunuh mentornya dalam urus niaga di wall street.


 tajuk: wall street : money never sleeps.
bahasa: inggeris
genre: drama
durasi: 2 jam 16 minit
pengedar 20th century fox
pelakon: frank langella, josh brolin, michael douglas dan shia laBeouf
Pengarah: oliver stone

Jumaat, 24 September 2010

Movie: Magika

filem komedi dan fantasi diterbitkan oleh KRU Studios...  Syarikat terbitan yang saya sgt2 suka.. sbb filemnya kebanyakan berunsurkan CGI... yang menarik... tahniah kepada 3 beradik yang telah berjaya memajukan KRU Studios sekarang ini sebagai satu syarikat terbitan filem yg kreatif...


Ayu dan Malik, dua sibblings akan melalui saat tergelap mereka hidup ketika ibu tercinta mereka saja meninggal. Malik merasa begitu tertekan percaya ia adalah punca utama kematian ibunya.Dalam salah satu malam hari selepas bertengkar dengan adiknya, Malik pergi untuk berjalan-jalan di hutan. Pada dan dia pergi sampai dia menyedari bahawa dia tersesat dan saat berikutnya, ia muncul di dimensi lain yang disebut Magika.
Bukan saja ia mendapatkan dirinya kalah, ia ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikut-nya, Awang Kenit. Dia sekarang dikenakan untuk digunakan sebagai sebuah percubaan oleh Nenek Kebayan untuk menghasilkan Essence of Youth terbuat dari air mata anak manusia. Setelah mendengar Malik teriakan minta tolong, Ayu bergegas untuk membantu kakaknya dan dia juga tersedot di tanah Magika mistik.
Ayu harus menanggung pelbagai jenis cabaran dan halangan dalam mencari dan untuk menyelamatkan kakaknya dalam perjalanan di dunia Magika. Dan begitu memulakan pertemuan kedua-dua saudara kandung dengan pahlawan Melayu yang terkenal dan mitos seperti Badang, Naga dari Tasik chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah dan Laskar Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih dan banyak lagiaksara. Ironi itu, semua watak ini benar-benar bernyanyi dalam perbualan mereka dengan satu sama lain!
Akankah Ayu mampu menyelamatkan Malik dan meninggalkan tanah mistik Magika? Apa yang terjadi pada Badang, Nenek Kebayan dan watak lain di Magika? Malik akan mampu mengatasi dilema di atas kematian ibunya? Datang dan Magika menonton filem yang ditakdirkan untuk menjadi sebuah fenomenal dalam industri filem tempatan sementara sudah menetapkan nota menjadi filem muzikal pertama tempatan dan itu akan mencapai pawagam kita pada tahun 2010.



Genre:
Musical
Status:
In Cinemas 23rd Sept 2010 
Director:
Edry Abdul Halim
Language:
Bahasa Malaysia


Cast:
Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,
Fimie Don, M. Nasir, Mawi,
Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,
Sharifah Aleya, Sharifah Amani,
Vanidah Imran, Ziana Zain

Movie: Legend of the Guardians

Ha tu dia filem yang best!! diterbitkan oleh wanner brothers picture..  nampak nyer citer ni macam menarik
korang cube la try tengok citer ni..  
sebelum tgok cite ni, bace sinopsis  kat bawah ni dulu untuk lebih memahami atau membuat pilihan...nak tgok atau x nak...

 Zack Snyder diakui pembuat filem animasi membuat debutnya dengan petualangan fantasi keluarga "Penjaga Ga'Hoole," berdasarkan buku dicintai oleh Kathryn Lasky. Filem ini mengikuti Soren, seekor burung hantu muda terpesona oleh cerita-cerita epik ayahnya Penjaga Ga'Hoole, sebuah band mitis askar bersayap yang telah berjuang pertempuran besar untuk menyimpan semua owlkind dari Ones Murni jahat. Sementara Soren mimpi suatu hari nanti bergabung pahlawan, kakaknya, Kludd, mencemuh idea, dan merindukan untuk memburu, terbang dan mencuri bantuan ayahnya dari saudara mudanya. Tapi kecemburuan Kludd telah konsekuensi buruk menyebabkan kedua owlets jatuh dari rumah Treetop mereka dan kanan ke dalam cakar dari Ones Murni. Sekarang terserah kepada Soren untuk membuat melarikan diri berani dengan bantuan burung hantu muda lain berani. Bersama-sama mereka melambung di laut dan menembusi kabut untuk mencari Pohon Besar, rumah Penjaga legenda satunya harapan Ga'Hoole Soren tentang mengalahkan Ones Murni dan menyelamatkan kerajaan burung hantu. 


untuk lagi best klik http://legendoftheguardians.warnerbros.com

Sinopsis novel meniti kaca


SINOPSIS  NOVEL  MENITI  KACA
Cerita ini dimulakan dengan Nazar mencari ibunya,Mahyun.Nazar kemudian menjumpai ibunya dengan pertolongan Kim Moi dan Ah Seong.  Ibu Nazar kemudian  dihantar ke Hospital Bahagia.  Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan kepada Pak Sehak untuk berkahwin lagi.  Pak Sahar menolak cadangan itu.  Pada pertengahan Oktober, Mahyun pulang daripada Hospital Bahagia.Selepas beberapa hari,Mahyun hilang kemudian ditemui mati.Nazar mendapat lima unit dan kemudian di hantar ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh.  Pada suatu malam,Nazar dibangunkan oleh  warden dan diberitahu bahawa ayahnya berada di hospital. Sebelum Nazar sampai ke hospital,ayahnya meninggal dunia.Sejak hari itu,Nazar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor.

TEMA
Tema dalam novel Meniti Kaca ialah ketabahan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai halangan hidup.
Dalam novel ini, Nazar tabah menempuh ujian iaitu terpaksa berdepan dengan ibunya yang nanar.  Dia terpaksa berpisah ibunya yang dihantar ke Hospital Bahagia  untuk tujuan rawatan.
Selepas  ibunya pulang dan masih tidak sembuh daripada penyakitnya, Nazar masih menghadapi ujian kerana ibunya masih merayau-rayu di sekitar kampung.  Akhirnya, ibunya hilang dan ditemui  mati.
PERSOALAN
1.        Persoalan mengenai keharomonian hidup masyarakat bebilang kaum.  Masyarakat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan tolong menlong antara satu dengan lain.  Keluarga Ah Seong menunjukan layanan dan sikap positif terhadap keluarga Pak Sahar yang mengahadapi banyak masalah.
1.        Persoalan mengenai sikap masyarakat yang suka menuduh tanpa usul periksa.  Masyarakat yang hidup berjiran selalunya mengambil berat terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain.  Nazar dan Zainab difitnah masyarakat kampung sedangkan hubungan mereka tidak melanggar keagamaan.
1.        Persoalan mengenai kasih sayang.  Kasih sayang diperlihatkan dalam keluarga dan sesama rakan.  Nazar amat sayang akan ibunya kerana tidak sanggup berpisah dengan ibunya.  Nazar sayang  akan sepupunya, Zainab dan sentiasa mengambil berat terhadap sepupunya itu.
WATAK PEWATAKAN
Watak utama Nazar
-                      merupai anak tunggal Pak Sahar.
-                      Ingin mejadi seorang doktor..
-                      Seorang yang bijak.
Watak sampingan
Pak Sahar
-                      ayah kepada Nazar.
-                      Berusia dalam lingkungan empat puluhan.
-                      Bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Lumut.
Mahyun
-                      ibu kepada Nazar.
-                      Dikatakan sakit nanar sejak melahirkan anak keduanya.
-                      Seorang yang cantik dan berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit.
-                      Mempunyai suara yang lunak dan merdu.
Zainab
-           Merupakan anak kepada Pak Sehak dan Mak Miah.
-           Merupakan seorfang yang cantik, ada lengsung pipit dan sentiasa menarik perhatian di kalangan rakan sekelas dan juga Nazar.
Ah Seong
-           Merupakan anak kepada Kim Moi dan Ah Leong.
-           Jiran danN sahabat baik kepada Nazar.
PLOT
Permulaan Cerita.
Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Nazar, Mahyun dan Zainab.  Nazar pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tidak ada di rumah ketika itu.  Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang lain.
Perkembangan cerita.
Pak Saha mengambil tindakan menghantar Mayhun ke Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit nanar yang sedang dihidapi oleh Mahyun.  Selepas beberapa bulan, Pak Sahar mengambil pulang Mahyun tetapi penyakitnya tidak sembuh.  Suatu hari, Mahyun hilang dan akhirnya ditemui mati.
Perumitan Cerita
Nazar mengahapai pelbagai masaalah seperti ketiadaan ibu dan ayahnya yang sering          sakit.  Sementara itu, Zainab dilarang oelh ibu bapanya untuk belajar bersama-sama Nazar kerana penduduk kampung meburuk-burukan mereka.
Puncak Cerita.
Nazar dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi untuk melihat ayahnya yang dimasukkan ke hospital.  Sebelum Nazar sampai ke hospital, Pak Sahar meninggal dunia.
Peleraian
Nazar terus belajar di sekolah asrama penuh di Ipoh.  Dia hendak mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang senasib ibu bapanya.
LATAR
1.        Halaman rumh Pak Sahar.
2.       Rumah Mak Miah
3.       Kawasan Belukar di tepi sungai.
4.       Bilik asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
GAYA BAHASA
1.        Gaya bahasa smile.  Contoh smile adalah lama kelamaan wajah-wajah hilang  bagai ketulan air batu yang mencair.
2.       Unsur bahasa pengulangan.  Salah satu pengulangan anafora yang terdapat dalam novel ialah
·         Adakah ayah akan berkahwin lagi?
·         Adakah ayah sudah tidak sayang ibu lagi
1.        Gaya bahasa bersonifikasi atau perorangan.  Contoh personifikasi ialah persaan cemas mula bergayut diwajah Kim Moi dan agin bulan Oktober yang lembab itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong.
NILAI MURNI
1.        Nilai kegigihan.  Mendedahkan kegigihan dalam menghadapi sesuatu situasi.
2.       Nilai kerjasama.  Wujudnya kerjasama dikalangan masyarakat kampung.
3.       Nilai keyakinan.  Adanya keyakinan dalam usaha yang dilakukan oleh watak.  Nazar yakin akan mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaaan PMR.
4.       Nilai Kasih Sayang.  Kasih sayang yang ditunjukkan sesama manusia seperti Nazar dengan ibunya.
PENGAJARAN
1.        Kita hendaklah tabah dan sentiasa sabar mengahadapi sesuatu dugaan seperti Nazar dengan kematian ibunya.
2.       Kita mestilah tolong menolong antara satu sama lain kerana ia merupakan amalan masyarakat yang baik.
3.       Kita haruslah bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan untuk meringankan beban bagi mereka yang bernasib malang.
4.       Kita wajarlah jangan suka memfitnahkan orang tanpa usul periksa seperti penduduk Kampung Kota menudah Nazar dan Zainab mempunyai hubungan sulit sedangkan mereka tidak berbuat demikian.
5.        Kita patutlah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan seperti kejayaan Nazar mendapat lima unit dalam Peperiksaan PMR.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!! JGN LUPA JADI FOLLOWER... & TINGGALKAN KOMEN!!!

Intense Debate Comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails