:::
Memaparkan catatan dengan label Pelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajaran. Papar semua catatan

Khamis, 23 Disember 2010

wow..!! da nak skola...

alamak dah nak skola pulak... nasib baek da sedia awal brg skola.. 
ni dah lame cuti ni rase macam tak lame pon.. tak tau la sebab ape... rase macam tak puas..
bukan nyer malas nak skola tapi... tapi.. tapi.. & tapi.. tak puas menikmati cuti yang tak brape rase nak panjang taun ni... tanyer pendapat kawan2 dioang kate lame.. aku je yang rase mcam kejap...
x tau la nape en..
tapi tak puas pon aku rindu kat kengkawan kat skola tu... n rindu nak menulis.. rase macam gian tangan ni nak menulis.. tapi aku x de la pandai mane pon macam budak2 lain tu... 
x pua dohh.. tp hati ni nak jugak skola... tp, tp. tp, & tp... x puas....

alangkah baiknya kalau cuti hujung taun cuti selama 4 bualn.. fuhh best.. tp lambat la nak maju... haha...
tp ok la en.. mase kecik dulu.. rase lame lak cuti hujung taun ni...
da skola menengah herm.. skejap giler...
x tau lg mase keje nnt..

mintak2 aku berjaye.... cite2 yg aku impikan slame ni...

ape pon.. kpd sume bdak2 skola tuh.. termasuk la aku ni.. slamat bersekolah semula.. n slalu kne membebel ngn cikgu... 
yahoooo.....!!

Jumaat, 24 September 2010

Sinopsis novel meniti kaca


SINOPSIS  NOVEL  MENITI  KACA
Cerita ini dimulakan dengan Nazar mencari ibunya,Mahyun.Nazar kemudian menjumpai ibunya dengan pertolongan Kim Moi dan Ah Seong.  Ibu Nazar kemudian  dihantar ke Hospital Bahagia.  Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan kepada Pak Sehak untuk berkahwin lagi.  Pak Sahar menolak cadangan itu.  Pada pertengahan Oktober, Mahyun pulang daripada Hospital Bahagia.Selepas beberapa hari,Mahyun hilang kemudian ditemui mati.Nazar mendapat lima unit dan kemudian di hantar ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh.  Pada suatu malam,Nazar dibangunkan oleh  warden dan diberitahu bahawa ayahnya berada di hospital. Sebelum Nazar sampai ke hospital,ayahnya meninggal dunia.Sejak hari itu,Nazar belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor.

TEMA
Tema dalam novel Meniti Kaca ialah ketabahan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai halangan hidup.
Dalam novel ini, Nazar tabah menempuh ujian iaitu terpaksa berdepan dengan ibunya yang nanar.  Dia terpaksa berpisah ibunya yang dihantar ke Hospital Bahagia  untuk tujuan rawatan.
Selepas  ibunya pulang dan masih tidak sembuh daripada penyakitnya, Nazar masih menghadapi ujian kerana ibunya masih merayau-rayu di sekitar kampung.  Akhirnya, ibunya hilang dan ditemui  mati.
PERSOALAN
1.        Persoalan mengenai keharomonian hidup masyarakat bebilang kaum.  Masyarakat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan tolong menlong antara satu dengan lain.  Keluarga Ah Seong menunjukan layanan dan sikap positif terhadap keluarga Pak Sahar yang mengahadapi banyak masalah.
1.        Persoalan mengenai sikap masyarakat yang suka menuduh tanpa usul periksa.  Masyarakat yang hidup berjiran selalunya mengambil berat terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain.  Nazar dan Zainab difitnah masyarakat kampung sedangkan hubungan mereka tidak melanggar keagamaan.
1.        Persoalan mengenai kasih sayang.  Kasih sayang diperlihatkan dalam keluarga dan sesama rakan.  Nazar amat sayang akan ibunya kerana tidak sanggup berpisah dengan ibunya.  Nazar sayang  akan sepupunya, Zainab dan sentiasa mengambil berat terhadap sepupunya itu.
WATAK PEWATAKAN
Watak utama Nazar
-                      merupai anak tunggal Pak Sahar.
-                      Ingin mejadi seorang doktor..
-                      Seorang yang bijak.
Watak sampingan
Pak Sahar
-                      ayah kepada Nazar.
-                      Berusia dalam lingkungan empat puluhan.
-                      Bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Lumut.
Mahyun
-                      ibu kepada Nazar.
-                      Dikatakan sakit nanar sejak melahirkan anak keduanya.
-                      Seorang yang cantik dan berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta berlesung pipit.
-                      Mempunyai suara yang lunak dan merdu.
Zainab
-           Merupakan anak kepada Pak Sehak dan Mak Miah.
-           Merupakan seorfang yang cantik, ada lengsung pipit dan sentiasa menarik perhatian di kalangan rakan sekelas dan juga Nazar.
Ah Seong
-           Merupakan anak kepada Kim Moi dan Ah Leong.
-           Jiran danN sahabat baik kepada Nazar.
PLOT
Permulaan Cerita.
Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Nazar, Mahyun dan Zainab.  Nazar pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tidak ada di rumah ketika itu.  Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang lain.
Perkembangan cerita.
Pak Saha mengambil tindakan menghantar Mayhun ke Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit nanar yang sedang dihidapi oleh Mahyun.  Selepas beberapa bulan, Pak Sahar mengambil pulang Mahyun tetapi penyakitnya tidak sembuh.  Suatu hari, Mahyun hilang dan akhirnya ditemui mati.
Perumitan Cerita
Nazar mengahapai pelbagai masaalah seperti ketiadaan ibu dan ayahnya yang sering          sakit.  Sementara itu, Zainab dilarang oelh ibu bapanya untuk belajar bersama-sama Nazar kerana penduduk kampung meburuk-burukan mereka.
Puncak Cerita.
Nazar dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi untuk melihat ayahnya yang dimasukkan ke hospital.  Sebelum Nazar sampai ke hospital, Pak Sahar meninggal dunia.
Peleraian
Nazar terus belajar di sekolah asrama penuh di Ipoh.  Dia hendak mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang senasib ibu bapanya.
LATAR
1.        Halaman rumh Pak Sahar.
2.       Rumah Mak Miah
3.       Kawasan Belukar di tepi sungai.
4.       Bilik asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
GAYA BAHASA
1.        Gaya bahasa smile.  Contoh smile adalah lama kelamaan wajah-wajah hilang  bagai ketulan air batu yang mencair.
2.       Unsur bahasa pengulangan.  Salah satu pengulangan anafora yang terdapat dalam novel ialah
·         Adakah ayah akan berkahwin lagi?
·         Adakah ayah sudah tidak sayang ibu lagi
1.        Gaya bahasa bersonifikasi atau perorangan.  Contoh personifikasi ialah persaan cemas mula bergayut diwajah Kim Moi dan agin bulan Oktober yang lembab itu terasa menampar-nampar muka Ah Seong.
NILAI MURNI
1.        Nilai kegigihan.  Mendedahkan kegigihan dalam menghadapi sesuatu situasi.
2.       Nilai kerjasama.  Wujudnya kerjasama dikalangan masyarakat kampung.
3.       Nilai keyakinan.  Adanya keyakinan dalam usaha yang dilakukan oleh watak.  Nazar yakin akan mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaaan PMR.
4.       Nilai Kasih Sayang.  Kasih sayang yang ditunjukkan sesama manusia seperti Nazar dengan ibunya.
PENGAJARAN
1.        Kita hendaklah tabah dan sentiasa sabar mengahadapi sesuatu dugaan seperti Nazar dengan kematian ibunya.
2.       Kita mestilah tolong menolong antara satu sama lain kerana ia merupakan amalan masyarakat yang baik.
3.       Kita haruslah bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan untuk meringankan beban bagi mereka yang bernasib malang.
4.       Kita wajarlah jangan suka memfitnahkan orang tanpa usul periksa seperti penduduk Kampung Kota menudah Nazar dan Zainab mempunyai hubungan sulit sedangkan mereka tidak berbuat demikian.
5.        Kita patutlah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan seperti kejayaan Nazar mendapat lima unit dalam Peperiksaan PMR.

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!! JGN LUPA JADI FOLLOWER... & TINGGALKAN KOMEN!!!

Intense Debate Comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails